Salam,
Aduhai, sekarang ni dah boleh semak keputusan peperiksaan utama sekolah seperti upsr, pmr dan spm secara online. Dah tak payah nak pergi sekolah dan beratur dan menunggu untuk dapatkan peperiksaan anak-anak yang mengambil peperiksaan tersebut. Walaweeyyyyyy mudah sungguh kan. SAPS iaitu sistem analisis peperiksaan sekolah di wujudkan bagi memudahkan ibu-bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka.
Macam mana nak periksa keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Senang sajer. Klik pautan web tu kat SINI . Lepas tu masukkan no kad pengenalan atau no surat beranak anak korang tuh. Lepas tuh pilih la untuk sekolah menengah atau sekolah rendah. Lepas tu klick butang 'semak laporan'. Daaaaa senang kan.
Bagus jugak sistem macam ini di gunakan. Banyak masa dan kos boleh di jimatkan. Lagi satu, ibu-bapa kat rumah dah boleh ready nak bagi lecturer atau bebelan kalau keputusan tak memuaskan.
Yang mana anak dara tak dapat keputusan SPM dengan cemerlang. Boleh bersiap sedia untuk di kahwinkan. Hehehe. Itu ayat orang tua dulu-dulu. Sekarang aku tak sure la plak valid atau tak. Hehehehe.
Ok good luck n selamat mencuba



0 comments:
Post a Comment