Salam,
Siapa yang nak masuk mrsm? Siapa yang tak nak masuk mrsm? Siapa yang tak nak tuh mungkin tak layak masuk mrsm kot. Hehehe. Ok maklumat ni abang cedok kat website ni. Jadi abang nak sharekan bagaimana permohonan borang kemasukan ke mrsm 2012 boleh di lakukan. Bila tarikh tamat membuat permohonan ke mrsm sesi 2012. Jadi kepada adik-adik yang rasa layak untuk masuk mrsm 2012 pastikan adik mendaftar permohonan secara online ok. Sekarang ni semua di hujung jari. So takde la alasan sangat jika tak sempat isi borang secara atas talian.
Bila agaknya tarikh boleh mula isi borang online ke mrsm nie dan tarikh akhir boleh isi borang permohonan mrsm tingkatan 4 2011? Dan juga bila tarikh tamat nak hantar atau serah borang permohonan nie? Bawah adalah maklumatnya:
- Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2012 akan ditutup pada 20 Oktober 2011.
- Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.
- Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012.
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Tetapi sebelum adik-adik ingin mengisi borang permohonan mrsm 2012 ni adik kena pastikan samada adik layak atau tidak untuk mendaftar borang kemasukan mrsm 2012 nie. Nanti kalau takut tak layak, buat penat sahaja adik isi borang online nie. Berikut adalah kelayakannya:
- Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2011.
- Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2011.
- Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
- Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
- Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.
Untuk maklumat lanjut adik boleh layari laman WEB ini. Kepada mereka yang gagal mendaftar ke mrsm 2012 nanti, jangan risau atau bersedih, kejayaan bukan hanya datang dari belajar di mrsm sahaja. Apa yang penting adik-adik dah berusaha dan bertawakal sahaja lah kepada ALLAH swt.
Abang dulu pun masuk MRSM juga. Memang best masuk MRSM nie. Banyak jugak kelebihannya berbanding di sekolah di luar sana. Nanti abang cerita la. Hehehe.
Selamat menempuhi alam peperiksaan.
Salam.
google: mrsm 2012, permohonan online mrsm 2012, borang kemasukan mrsm 2012, borang pendaftaran mrsm 2012, tarikh tutup permohonan mrsm 2012 online, keputusan kemasukan mrsm 2012, senarai mrsm 2012, syarat kelayakan mrsm 2012 online, syarat kemasukan ke sesi mrsm 2012, berita mrsm 2012, langkah isi borang permohonan mrsm 2012, pejabat mrsm 2012



3 comments:
assalam, nak tanye nni , kalau kita dapat 6a 2b , tapi dah terlambat nakmohon cz tarikh dah tamat .macam mane ak? boleh ke kite nak masuk mrsm ? :)
assalam, nak tanye nni , kalau kita dapat 6a 2b , tapi dah terlambat nakmohon cz tarikh dah tamat .macam mane ak? boleh ke kite nak masuk mrsm ? :)
Adik, Baik adik call bahagian pelajaran MARA terus. Lagi senang.
Post a Comment