Salam,
Kenal lagi azmil mustafa (ali setan)?? Tak kenal? Adoii mesti korang ni kurang berminat dengan cerita melayu nie. Filem ali setan yang fofular dulu pun korang tak ingat?? Hmmm takpe la kalau tak ingat. Nanti aku letak trailer cerita ali setan kat perenggan akhir nanti supaya korang boleh recall balik cerita ali setan nie. Baru-baru ni bekas pelakon popular malaysia ni menggemparkan malaysia dengan ceramah kontroversinya di subang. Ceramah beliau yang dikatakan mempunyai unsur-unsur kandungan cacian/kutukan kepada pemerintah malaysia iaitu perdana menteri dan yang dipertuan agong. Kontroversi ini telah mencetuskan suasana panas dan beberapa laporan polis telah dibuat mengenai ceramah azmil mustafa (ali setan).
Bagi pihak azmil mustafa (ali setan) pula, beliau sedia di saman atau di soal siasat kerana beliau menjelaskan tiada unsur-unsur menghina yang dipertuan agong dan perdana menteri malaysia. Beliau pula sedia menyaman kepada pihak yang menuduh beliau begitu. Kesitu pulak.
Komen aku,
Kadang-kadang aku pelik dengan artis nie, bila time mereka bertaubat dan menceburi bidang dakwah, mereka mula la menunjukkan mereka dah baik dan bertaubat dan seolah-olah mereka 'maksum' dan dosa mereka dah diampunkan allah. Adakah dengan berserban dan berjanggut mereka mempunyai hak untuk mencaci atau mengeji orang lain? Adakah mereka berdakwah untuk mengutuk dan menjatuhkan maruah orang lain? Aku tak pernah dengar orang ceramah agama mengeji/mengutuk/menghina seagama lain kecuali ulama politik. Ulama politik aku tak nak masuk campur. Aku bercerita ulama yang bebas dari politik. Tapi ada juga ulama politik yang tidak mengeji atau mengutuk orang lain cuma mereka mengajak orang lain mendekati dan memahami islam dengan betul.
Perlu kah orang seperti azmil mustafa (ali setan) ali berceramah dan seperti menghasut dan menyemai perasaan kebencian kepada pemerintah? Bila berceramah mengeji dan menjatuhkan maruah dan aib orang lain, aku memang tak bersetuju. Itu bukan ceramah agama yang boleh membawa kebaikan walaupun dengan niat untuk memperbetulkan pemerintahan. Sepatutnya azmil mustafa (ali setan) menggunakan pendekatan kefahaman agama dan menyemai dakwah pemerintahan yang sebenar seperti yang di gunakan nabi muhammad saw dan khalifah islam. Semaikan kefahaman tersebut dengan sususan dakwah yang baik sehingga tersemai kefahaman itu ke dalam setiap hati pendengar ceramah beliau. Itu adalah pendekatan yang betul. Dakwah sebegitu lebih baik dan akan memberi kesan yang lebih mendalam. Bila dalam hati itu dah betul dan memahami konsep pemerintahan islam, insyaallah kebenaran akan muncul dengan perlahan sehingga pemerintahan islam sebenar dapat di laksanakan dengan teratur.
Video di bawah ini mungkin antara ceramah azmil mustafa (ali setan) yang pernah beliau hadiri. Mungkin korang boleh menilai sendiri dan memberi pendapat sendiri.
pststtttt: pakai apple tuh!!! product amerika... hehehe


0 comments:
Post a Comment