atanahmad photography

LIKE and SHARE | Koleksi video kelakar . Klik Sini.



Tuesday, July 19, 2011

Hobi membaca buku

Salam,


Hobi membaca buku?? Seriously dan secara seriusnya aku bukan orang yang suka baca buku yang berkulit tebal itu. Membaca buku bukan hobi aku dari sejak dulu lagi sehingga kini. Aku akui ada jugak baca buku novel itu pun boleh di kira dengan jari dalam sepuluh tahun. Sebab itu aku bukan jenis orang yang pandai mengarang karangan dalam bahasa melayu atau english. Kalau karangan aku dalam bahasa melayu pun tunggang terbalik. Kalau tak percaya, ko baca la blog aku nie. Aku rasa ayat aku yang aku tulis nie dah macam ayat budak hingusan yang baru nak belajar mengarang. Kekekeke.


Entah la kenapa aku tak suka membaca buku-buku yang tebal dan berkulit tebal. Kalau setakat majalah tu ada la jugak aku baca, tapi yang tebal ni memang susah aku nak baca. Bila dah takde kehendak nak membaca takkan aku nak memaksa. Kalau paksa juga, keghairahan untuk membaca itu tiada. Aku pernah jugak cuba untuk meningkatkan diri untuk membaca tetapi mati di separuh jalan.


Ada sekali tu, aku ada semangat yang tinggi gila untuk membaca. Aku suka melepak kat kedai MPH, ada seketika semangat nak beli tu ade dan terus beli. Tapi bila sampai saja rumah, semangat tu terus luntur. Aku salahkan aku. Benda benda macam ni sukar aku nak faham, kehendak kalau tak de memang tak boleh jalan. Takkan aku nak paksa diri aku kepada benda yang aku minat walaupun membaca itu banyak manfaatnya.


Duit bukan satu masalah untuk aku membeli buku. Berapa la sangat kalau satu buku untuk aku baca. Duit boleh di kumpul. Jadi duit bukan masalah yang sebenarnya dari menghalang aku untuk membaca.


Mungkin satu hari aku akan cuba pupuk dan tanam minat. Buat masa sekarang aku lebih kepada membaca majalah dalam bentuk majalah photography dan majalah teknologi, gadget dan etc. Aku tak salahkan sesiapa cuma aku salahkan diri aku nie. Aku akan cuba dan cuba tapi aku tak janji. Agak sukar untuk 'push' diri ini untuk cuba sesuatu. Tapi kalau kita tak cuba mana kita nak tahu kan?


InsyaALLAH

Hafiz - Wan Sue - 23

0 comments: