Salam,
Orang kita ni terutama orang melayu, memang fobia dan teruja kalau ada perkara perkara pelik yang berlaku di sekeliling. Tak kira la benda tu benar atau tidak tetapi apa sahaja perkara pelik akan di katakan benar walaupun belum ada kepastian terhadap kebenaran benda pelik tuh. Sebagai contoh perkara pelik yang terjadi adalah sejadah berdiri yang berlaku tahun lepas. Kecoh satu negara tentang sejadah berdiri sendiri. Itu adalah salah satu contoh di mana sesuatu yang pelik cepat betul di percayai. Yang terbaru adalah rakaman imej pelik yang serupa hantu di tangkap secara kebetulan di malam jumaat. Mungkin dan mungkin ramai yang percaya imej itu adalah berupa hantu yang berjaya di ambil secara kebetulan. Tetapi ada tak ramai yang terfikir berkemungkinan, alat yang mengambil gambar itu rosak tiba2 atau tidak berfungsi tiba tiba sehingga merosakkan gambar dan kebetulan menyerupai makhluk/hantu?? Macam saya cakap tadi itu adalah kemungkinan. Percaya atau tidak terpulang kepada diri masing-masing.
Berikut adalah petikan dari KOSMO
MERSING - Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit baru-baru ini rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan.
Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu.
Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat.
"Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu.
"Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di bela- kang saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
google: hantu malam jumaat, imej hantu malam jumaat, gambar hantu malam jumaat, cerita hantu malam jumaat, peristiwa hantu malam jumaat, terkini hantu malam jumaat, terbaru hantu malam jumaat, cerita hantu malam jumaat di kosmo, laporan hantu malam jumaat



0 comments:
Post a Comment